Cart 0

Tips Mix & Match Tudung Warna Pink

Tips Mix & Match Tudung Warna Pink
Setiap perempuan wajib ada sekurang-kurangnya 1 helai tudung warna Pink dalam koleksi kan?
Tudung warna Pink bukan sahaja menampakkan ciri-ciri feminin dalam diri perempuan, tetapi juga membawa maksud personaliti yang lebih mesra & mudah didekati.

Kod Grace Pink shawl Pink dibawah adalah salah satu daripada koleksi Floare Shawl yang akan release 25.08.2020 ni.

NYK_1562.JPG
Floare Shawl kod Grace Pink


Kalau anda nak kelihatan lebih tinggi, pastikan anda pilih baju yang juga berwarna Pink. Sama ada Pink gelap (Maroon), Pink cerah, Pink terang, Pink belacan, atau Pink pastel. Contohnya padanan di bawah.

IMG_7774.PNG IMG_7771.PNG
Contoh padanan tudung berwarna Pink & baju berwarna Pink.


Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru selain warna Pink, anda boleh cuba memadankan tudung Pink dengan baju berwarna Merah atau Ungu. Kedua-dua warna ini adalah warna yang diolah daripada warna Pink. Sebagai contoh padanan baju di bawah.

IMG_7776.PNG IMG_7769.PNG
Contoh padanan tudung berwarna Pink & baju berwarna Merah.

IMG_7777.PNG IMG_7768.PNG
Contoh padanan tudung berwarna Pink & baju berwarna Ungu.


Anda ingin mencuba teknik Colour Block? Colour Block adalah teknik padanan warna yang kontra antara 2 warna. Colour Block yang paling cantik & sesuai dengan tudung Pink adalah warna Hijau. Contohnya padanan di bawah.

IMG_7775.PNG IMG_7767.PNG
Contoh padanan tudung berwarna Pink & baju berwarna Hijau.


Paling selamat, anda boleh padankan tudung Pink dengan baju yang berwarna Neutral. Ini kerana warna Neutral boleh dipadankan dengan semua warna! Terdapat 5 warna Neutral iaitu Hitam, Putih, Kelabu, Coklat & Biru Gelap. Contohnya seperti di bawah.

IMG_7773.PNG IMG_7772.PNG
Contoh padanan tudung berwarna Hijau & baju berwarna Coklat Nude & Kelabu.


Jangan lupa dapatkan koleksi Floare Shawl yang akan Tulip Hijab release 25.08.2020 ni ya!

8 JAM Sahaja anda berpeluang dapatkan FREE GIFTS bernilai sehingga RM 196 !

Jom join Channel Telegram VIP Tulip Hijab kat sana kami kongsikan tips, tutorial & offer menarik khas untuk anda!

Klik >> sini << untuk join




Older post Newer post